Thursday, September 10, 2009

Alat MuzikTradisional

ALAT MUZIK KAUM IBAN

1> ENGKERUMUNG

Engkeromong istilah tempatan bagi alat daripada keluarga knobedgong atau 'gong berbusut'. Ianya berbentuk seperti kendi dan diperbuat daripada perunggu.

Alat ini dikatakan alat ash bagi masyarakat di rantau Asia Tenggara. Engkeromong begitu terkenal di kalangan suku kaum Iban dan sering digunakan dalam ensemble untuk mengiringi tarian 'Ngajat'. Dalam konteks persembahan, engkeromong telah diatur di atas para dalam satu barisan yang mengandungi lapan biji kesemuanya yang dilaras mengikut sistem skala yang spesifik. Ianya dipalu dengan menggunakan sepasang pemalu daripada kayu jenis lembut untuk menghasilkan pola rithme yang dimainkan secara berulang-ulang dan bertangga iaitu in step wise, menaik dan menurun.

Di bawah sistem idiofon terdapat juga alat dari keluarga knobedgong yang berukuran besar iaitu dikenali sebagai 'bandai'. Alat ini menyerupai alat 'tetawak' yang terdapat di negeri Kelantan dan sering dikaitkan dengan lambang kuasa dan kekayaan bagi masyarakat Iban.

2.Sape

Pengenalan Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam.
Fungsi Alat ini popular di kalangan kaum Kenyah dan Kelabit di Sarawak.
Cara Bermain Sapeh diriba seperti gitar dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada berbagai peringkat mengikut alunan iramanya
.

0 comments:


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Gowns. Powered by Blogger